Tuesday, June 21, 2016

Aku bingung..

Kadang kadang merasakan keperitan bekerja itu..
Lebih pedih dari luka di tusuk jarum..

Merasakan diri ini..
Bagaikan seekor semut..
Yang bekerja..
Berkerah tenaga..

Memikirkan apa yang bakal aku perolehi..
Lumayan kah?
Berbaloi kah?
Atau
Sekadar angin di hembus lalu..
Kosong..
Tiada apa apa..

Selayak nya apakah aku ini?..
Aku bingung..

Kadang kadang merasakan..
Aku yang beriya iya..
Aku yang berhempas pulas..
Aku yang bersungguh sungguh..
Tapi..
Aku merasakan semuanya masih sia sia..

Aku masih dalam kebingungan..
Berapa lama pon aku di sini..
Hasilnya pasti bukan pada aku..
Mungkin bukan rezeki aku..
Aku redha..
Tapi hati aku masih mahu berkata kata..

Tapi sampai bila?..

Berhenti itukan lebih baik..
Itu rasa aku..


Tuesday, June 14, 2016

Friday, January 30, 2015

Layak

Selayaknya aku adalah seorang suri rumahtangga..
Itu kata aku..
^tarek napas dedalam^

Friday, November 21, 2014

viral

viral hebat dari facebook..
tentang suami curang..
SINI <-- kalo kau sudi untuk membaca

lama..
aku diam..

aku tak tahu ape seorang suami fikir..
dan
aku pon tak tahu ape yang akan seorang isteri fikir..

lama aku renung..
aku baca..
banyak perkara bermain dekat minda aku..
adakah itu suatu kata nasihat..
atau sekadar gurauan..
atau nak membangkitkan cerita..
aku pon tak pasti..

yang pasti aku rasa..
agak tersinggung..
agak marah..
agak terasa..

kadang kadang aku fikir..
apakah semua hubungan..
yang lahir adalah ..
berkenaan seks semata mata..
apa tiada rasa cinta..
apa tiada rasa sayang..
apa tiada rasa percaya..
kau manusia atau haiwan?

rumah yang kau bina..
kalau mahu teguh..
adakah seks jadi penentu?
kau boleh jawab?
wahai seorang suami?

apa busuk seorang wanita itu..
sebusuk kau memandang..
sampah sarap dijalanan..
atau di lori sampah..
atau di mana mana yang menjijikkan..

apa kau tak pernah busuk?

sebusuk busuk kau suami..
pernah menjadi perbahasan isteri?

hey.. bangun wahai suami..
penat lelah seorang isteri..
hanya pada kau seorang..

masih tak cukup??

pada anak anak kau..
pada rumah yang dibina..
pada segalanya..

seorang isteri sanggup..
melupakan hal sahabat..
melupakan keluarga..
melupakan saudara mara..

apa kau ingat mudah??

kau boleh bersuka ria..
berpeleseran di kedai kopi..
hingga jam 3 pagi..
bersama rakan taulan..
amboi.. senang hati nampak..
ye lah.. isteri ada,..
tuk jaga anak anak..

kalau kau seorang suami..
balik rumah setakat mengangkang..
sekadar tidur..
hurmm..

oke aku nak tanya kau
wahai seorang suami..
berapa banyak duit yang kau beri..
buat belanja kecantikan isteri kau..
rm50 sebulan?
rm100 sebulan?
rm1000 sebulan?

adakah itu untuk kecantikan sahaja..
atau..
kau kasi duit sebanyak itu untuk..
segala perbelanjaan..
baik perbelanjaan rumah..
perbelanjaan anak anak..

kau agak cukup?

kau seorang suami.,.
keinginan terlalu tinggi.,
mengalahkan angan angan seorang raja..

apa kau ingat seorang isteri
tidak mempunyai keinginan.,.
tidak mempunyai harapan..
tidak mempunyai kemahuan..

eh.. seorang isteri itu tetap seorang manusia..
sama macam kau..

boleh fikir?

diam..




aku pelik..
kenapa seorang lelaki..
perlukan seorang wanita..
yang sempurna..
terlalu sempurna di mata..

masa bercinta memang indah..
memang cantik..
tiada cacat cela..
kau tak rasa..
suatu hari si perempuan itu..
akan menjadi seperti isteri kau juga..

nak isteri yang pandai masak..
nak isteri yang pandai kemas..
nak isteri yang cantik..
nak isteri yang sejuk mata memandang..

selfish.







Monday, November 17, 2014

Mungkin..

Aku selalu berharap..
Ada seorg putera yang sedang tunggu aku di sana..






Krik krik






Imaginasi
Macam tahi
...

Sunday, November 16, 2014

Mimpi indah..

Melihat kau aku berdebar..
Melihat kau aku tak keruan..
Melihat kau aku malu..
Melihat kau aku membisu..

Jantung aku berdegup dengan lebih kencang..
Jantung aku mengepam tiga kali ganda lebih laju..

Adakah ini perasaan?
Atau syaitan?

Ini khayalan..
Cume kiasan..

Mimpi..

Saturday, November 15, 2014

Kalau..

Mohon supaya..
Perkataan 'kalau' terhapus..
Dalam kamus hidup aku..

'Kalau' la aku kaya..
Realiti : hari ni aku gaji..
Esok esok berbaki 0

'Kalau' la aku cantik..
Realiti : kau tepek bedak..
Kau calit gincu..
Kau pakai eyeliner..
Balik rumah.. Sama gak semenggahnye..

'Kalau' la bf aku hemsem..
Realiti : dah memang hemsem..
Kau nak hemsem banyak mana lagi..

Sile bersyukur..
Cukup sifat..
Cukup pancaindera..
Disebut kalau ni..
Semua benda kita nak argue..

Tarek napas..
Dalam dalam..
Hembus..