Friday, November 21, 2014

viral

viral hebat dari facebook..
tentang suami curang..
SINI <-- kalo kau sudi untuk membaca

lama..
aku diam..

aku tak tahu ape seorang suami fikir..
dan
aku pon tak tahu ape yang akan seorang isteri fikir..

lama aku renung..
aku baca..
banyak perkara bermain dekat minda aku..
adakah itu suatu kata nasihat..
atau sekadar gurauan..
atau nak membangkitkan cerita..
aku pon tak pasti..

yang pasti aku rasa..
agak tersinggung..
agak marah..
agak terasa..

kadang kadang aku fikir..
apakah semua hubungan..
yang lahir adalah ..
berkenaan seks semata mata..
apa tiada rasa cinta..
apa tiada rasa sayang..
apa tiada rasa percaya..
kau manusia atau haiwan?

rumah yang kau bina..
kalau mahu teguh..
adakah seks jadi penentu?
kau boleh jawab?
wahai seorang suami?

apa busuk seorang wanita itu..
sebusuk kau memandang..
sampah sarap dijalanan..
atau di lori sampah..
atau di mana mana yang menjijikkan..

apa kau tak pernah busuk?

sebusuk busuk kau suami..
pernah menjadi perbahasan isteri?

hey.. bangun wahai suami..
penat lelah seorang isteri..
hanya pada kau seorang..

masih tak cukup??

pada anak anak kau..
pada rumah yang dibina..
pada segalanya..

seorang isteri sanggup..
melupakan hal sahabat..
melupakan keluarga..
melupakan saudara mara..

apa kau ingat mudah??

kau boleh bersuka ria..
berpeleseran di kedai kopi..
hingga jam 3 pagi..
bersama rakan taulan..
amboi.. senang hati nampak..
ye lah.. isteri ada,..
tuk jaga anak anak..

kalau kau seorang suami..
balik rumah setakat mengangkang..
sekadar tidur..
hurmm..

oke aku nak tanya kau
wahai seorang suami..
berapa banyak duit yang kau beri..
buat belanja kecantikan isteri kau..
rm50 sebulan?
rm100 sebulan?
rm1000 sebulan?

adakah itu untuk kecantikan sahaja..
atau..
kau kasi duit sebanyak itu untuk..
segala perbelanjaan..
baik perbelanjaan rumah..
perbelanjaan anak anak..

kau agak cukup?

kau seorang suami.,.
keinginan terlalu tinggi.,
mengalahkan angan angan seorang raja..

apa kau ingat seorang isteri
tidak mempunyai keinginan.,.
tidak mempunyai harapan..
tidak mempunyai kemahuan..

eh.. seorang isteri itu tetap seorang manusia..
sama macam kau..

boleh fikir?

diam..




aku pelik..
kenapa seorang lelaki..
perlukan seorang wanita..
yang sempurna..
terlalu sempurna di mata..

masa bercinta memang indah..
memang cantik..
tiada cacat cela..
kau tak rasa..
suatu hari si perempuan itu..
akan menjadi seperti isteri kau juga..

nak isteri yang pandai masak..
nak isteri yang pandai kemas..
nak isteri yang cantik..
nak isteri yang sejuk mata memandang..

selfish.







Monday, November 17, 2014

Mungkin..

Aku selalu berharap..
Ada seorg putera yang sedang tunggu aku di sana..






Krik krik






Imaginasi
Macam tahi
...

Sunday, November 16, 2014

Mimpi indah..

Melihat kau aku berdebar..
Melihat kau aku tak keruan..
Melihat kau aku malu..
Melihat kau aku membisu..

Jantung aku berdegup dengan lebih kencang..
Jantung aku mengepam tiga kali ganda lebih laju..

Adakah ini perasaan?
Atau syaitan?

Ini khayalan..
Cume kiasan..

Mimpi..

Saturday, November 15, 2014

Kalau..

Mohon supaya..
Perkataan 'kalau' terhapus..
Dalam kamus hidup aku..

'Kalau' la aku kaya..
Realiti : hari ni aku gaji..
Esok esok berbaki 0

'Kalau' la aku cantik..
Realiti : kau tepek bedak..
Kau calit gincu..
Kau pakai eyeliner..
Balik rumah.. Sama gak semenggahnye..

'Kalau' la bf aku hemsem..
Realiti : dah memang hemsem..
Kau nak hemsem banyak mana lagi..

Sile bersyukur..
Cukup sifat..
Cukup pancaindera..
Disebut kalau ni..
Semua benda kita nak argue..

Tarek napas..
Dalam dalam..
Hembus..

Tuesday, November 11, 2014

di situ

seperti mahu menceritakan sesuatu..
tapi..
aku sendiri tak tahu..
nak mulakan dari mana..

berfikir..
jauh..
sangat jauh..

moga aku tidak tersasar..

Sunday, October 26, 2014

Perihal aku

Andai cctv boleh dipacakkan..
Ke dalam hati aku..
Aku harap kau tahu..
Gerak geri aku selama ini..

Lelah

Kalo ikut rasa tajam aku..
'Betulkan dulu tanggungjawab yg tersopek..
Dan terkopek tu dulu..
Baru kau pikir hal yg lain'

Aku bukan seorg yang mempunyai..
Keturunan yang berdarah..
India..
Keling..
Paria..
Atau seangkatan dengannya..
Yang boleh aku putar..
Yang boleh aku bawa jauh..
Dr shah alam ke perlis..
Patah balik shah alam..

Membahaskan sesuatu..
Dengan ayat yg padat..
Tepat..
Masih bukan lengkap..
Dan tak semua akan faham..

Boleh tak dalam suatu ketika..
Duduk sendirian..
Fikirkan sekalian ruang yang ada..
Fikir tentang bulan
Fikir tentang mentari..
Fikir tentang bintang..
Lengkapkah mereka..
Sempurna?

Fikir..

Friday, October 17, 2014

Tentang perasaan..

Ade aku kisah ke..

Cuba kau baca..
Dalam nada yang berbeza..
Marah..
Menangis..
Sedih..
Kelakar..

Ape yang kau faham?

.
..
...

Boleh kau bagitahu aku?

Saturday, September 6, 2014

Bukan pentingkan diri..

Hanya jauhari mengenal manikam..

Begitu jugak aku..


Hanya seorg aku mengenal suamiku..

Yang lain diharap membisu..


Mungkin suami aku berbeza dgn suami kau..

Dan..

Aku tak pernah nak ambil tahu hal suami kau..

Dan..

Aku bukanlah kaki sibok..

Yang jadi seperti makcik limah..

Atau..

Mak lijah.. Mak temah dan segala mak nenek..


Yang aku tahu..

Syurga terletak di kaki suamiku..

Dan aku..

Ibu aku tetap nombor satu..

Yang lain aku tak mahu tahu..

Bercakap la kau dibelakang aku..

Ada aku mau tahu???!

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan ini

Sunyi..
Sepi..
Tiada cerita..
Yg layak tuk dipaparkan..

Dulu..
Ramadhan sudah sudah..
Setiap hari..
Pasti ada cerita..
Yang layak dipertontonkan..

Mungkin atas sebab faktor usia..
Keberahian untuk berblog..
Agak suram
Dan kusam..

Salam ramadhan..
Andai ada salah silap..
Mohon sepuluh jari..
Ampun maaf dari saya..

*sabar menanti tuk rasa
Jiwa seperti muda belia..
Hati hari akan ku update..
Okebai.. heheheee

Monday, March 3, 2014

Bisu

Aku tak faham..
Masih tak faham..
Dunia ini tidak adil..
Atau..
....
....
....
Biarkan di situ..
Hanya aku yang tahu..
Dan aku masih bisu..

Friday, February 21, 2014

Yang terakhir kali..

20.02.2014
Selamat hari jadi..
Buat suami aku..
Tiada hadiah yang istimewa..
Mahukan majlis makan bersama anak anak..
Yang ada hanyalah..
Kemasukan wad di salam..
Di harap kesihatan awak kembali..
Seperti biasa..
Dan dijauhkan dari segalanya..
Amin..

Wednesday, January 29, 2014

Badut si kolar putih

Kelakar..
Setiap ape perkara..
Kau nak hebohkan..
Ape..
Kau tak boleh simpan..
Diam diam..
Macam kau simpan harta karun..
Tanpa satu jejak..
Orang tak akan boleh jejak..

Kelakar..
Setiap ape yang kau buat..
Kau akan dipandang tinggi..
Pada mata masyarakat..
Ape..
Kau tak boleh tunduk..
Bagai lalang..
Buat seketika cuma..
Bukan untuk selamanya..

Kelakar..
Kau saja yang hebat..
Kau saja yang mantap..
Kau saja yang terkuat..

Aku selayaknya..
Senyum..
Senyum..
Dan..
Senyum..

Tuesday, January 28, 2014

Rasailah aku..

Seorang aku..
Hanya mampu menerima..

Seorang aku..
Hanya mampu menyerah..

Seorang aku..
Hanya mampu berdiam..

Aku mohon..
Seorang engkau..
Menjadi seorang aku..
Apa yang kau rasa?

Monday, January 27, 2014

Aku yang terlelah dengan emosi kerja

Dinding egois..
Runtuhlah..

Dinding emosi..
Teguhlah..

Dinding cemburu..
Buanglah..

Ape yang kau dapat..
Atas ape yang kau lihat..

Ape yang kau debat..
Atas ape yang kau tekad..

Bersabar..
Atas ape jua..

Marah..
Atas bibir saja...

Bertahan..
Atas diri saja..

Fighting!!

Wednesday, January 22, 2014

Seorg aku juga punyai harga diri..

Ape kau ingat aku ini tahi..
Yang membusuk..
Yang menjelikkan..
Yang memualkan..

Ape kau ingat hati aku ini sampah..
Yang boleh kau buang..
Yang boleh kau renyuk..
Yang boleh kau hina..

Aku juga seorang aku..
Masih punya harga diri dan perasaan..

Monday, January 6, 2014

aku juga seorang manusia

Kadang kadang..
Setiap hari aku rasa..
Adalah hari dugaan buat aku..
Mungkin tuhan nak uji aku..
Mungkin ini takdir buat aku..
Harap aku tetap teguh dan kukuh..
Harap aku tak rapuh..
Dan semakin meremuk..
Kuat kan aku..
Sebab aku hanya seorang aku..
Yg bisa renyuk..